PALAPES ditubuhkan di IPTA adalah untuk melatih pelajar-pelajar IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja. Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPTA untuk Angkatan Tetap dan Angkatan Sukarela. Menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional. Membantu mendekatkan lagi ATM kepada masyarakat kampus khasnya dan masyarakat amnya.
Saturday, 21 July 2012
Wednesday, 30 May 2012
AKSESORI DI HARI PENTAULIAHAN
EPAULETTE NO 1 - LT MUDA |
EPAULETTE NO 3 - LT MUDA |
EPAULETTE NO 5 - LT MUDA |
BUTANG INNER MESS KIT - 3 BUTANG |
BUTANG NO 1 |
BUTANG SKRU EPAULETTE |
COLLAR DOT |
AIGUILETTE TENTERA DARAT |
SONGKOK DENGAN CAPBADGE DAN CASING |
BERET BIRU KANGOOL |
BRACES |
GARTES NO 1 |
SARUNG TANGAN PANJANG PUTIH/PENDEK PUTIH |
LANYARD MERAH |
BENGKUNG |
KASUT WELLINGTON - LELAKI |
KASUT BROUGE - LELAKI |
Monday, 28 May 2012
CONTOH ORGANISASI DALAM KOMPENI
1 orang pegawai kadet dengan pangkat Pegawai Rendah Kanan (PRK) atau Senior Under Officer (SUO) bagi penjawatan Ketua Kompeni (OC) dan 3 orang Pegawai Rendah Muda (PRM) atau Junior Under Officer (JUO) bagi penjawatan Ketua Platun dengan dibantu 3 orang Kadet Sarjan (KSJN) bagi penjawatan Penolong Ketua Platun.
Kadet Staf Sarjan (KSSJN) mewakili bagi Cawangan Tadbir dengan menguruskan hal berkaitan dalam kompeni itu sendiri. Anggota-anggota dalam platun itu juga dibahagikan sama rata antara peringkat Junior, Intermediete dan Senior.
Kadet Staf Sarjan (KSSJN) mewakili bagi Cawangan Tadbir dengan menguruskan hal berkaitan dalam kompeni itu sendiri. Anggota-anggota dalam platun itu juga dibahagikan sama rata antara peringkat Junior, Intermediete dan Senior.
ORGANISASI BN PK PALAPES UPM
5 orang pegawai kadet dilantik dengan pangkat Pegawai Rendah Kanan (PRK) atau Senior Under Officer (SUO) bagi penjawatan CO, PMC dan 2iC dan Pegawai Rendah Muda (PRM) atau Junior Under Officer (JUO) bagi penjawatan AJUTAN dan RSM.
Sunday, 27 May 2012
PENGENALAN PALAPES UPM
PALAPES ialah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau Reserve Officer Training Unit (ROTU). Ia ditubuhkan pada tahun 1980 di Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai program yang dikendalikan bersama oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan. PALAPES memberi peluang kepada semua mahasiswa menjalani latihan ketenteraan, memupuk disiplin dan kepimpinan serta membentuk personaliti interlektual yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. PALAPES UPM mengendalikan dua program, iaitu PALAPES UPM (Darat) dan PALAPES UPM (LAUT).
Pentadbiran PALAPES UPM diketuai oleh Naib Canselor UPM selaku Komandan yang berpangkat Kolonel (Kehormat) dan dibantu oleh Timbalan Komandan serta Ketua Jurulatih, Pegawai Staf(Pensyarah dan pegawai tadbir UPM), Pegawai Tetap (Ajutan dan Pegawai Latih) Jurulatih dan anggota Markas PALAPES UPM. Pegawai dan anggota Markas adalah dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).Sehingga Jun 2009, UPM telah mengeluarkan seramai 2070 orang Pegawai Muda melalui program PALAPES.
Antara kelebihan apabila mengikuti PALAPES ini adalah pihak universiti telah mengiktiraf PALAPES sebagai satu program akademik di UPM. Setiap anggota PALAPES diberi nilai 6 jam kredit yang boleh didaftarkan di dalam transkrip pelajar jika tamat latihan dengan jayanya. Kemudahan penginapan juga turut disediakan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) disamping pemberian alaun mengikut bilangan jam latihan.
Pentadbiran
Pentadbiran PALAPES UPM diketuai oleh Naib Canselor UPM selaku Komandan yang berpangkat Kolonel (Kehormat) dan dibantu oleh Timbalan Komandan serta Ketua Jurulatih, Pegawai Staf(Pensyarah dan pegawai tadbir UPM), Pegawai Tetap (Ajutan dan Pegawai Latih) Jurulatih dan anggota Markas PALAPES UPM. Pegawai dan anggota Markas adalah dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Di peringkat kadet pula, pentadbiran diketuai oleh YDP Wiramuda yang berpangkat Lt. Muda. Kemudian diikuti 5 orang bagi Markas Batalion Pegawai Kadet iaitu Pegawai Rendah Kanan (PRK) atau Senior Under Officer (SUO) megikut kekananan penjawatan CO, 2ic, PMC, Ajutan dan PK RSM. 4 orang PRK bagi penjawatan OC yang mewakili setiap kompeni iaitu kompeni Laksamana, Wira, Sakti dan Kastria. Kemudian diikuti 12 orang Pegawai Rendah Muda (PRM) atau Junior Under Officer (JUO) bagi penjawatan Ketua Platun yang mewakili 3 orang setiap kompeni. Kemudian 1 orang Kadet Staf Sarjan (KSSJN) dan 3 orang Kadet Sarjan (KSJN) yang mewakili setiap kompeni.Kemudian diikuti 8 orang Kadet Koperal (KKPL) yang mewakili 2 orang setiap kompeni serta dibantu oleh 8 orang Kadet Lans Koperal (KLKPL). Pentadbiran bermula dari PRK ke KSJN adalah diwakili oleh peringkat senior manakala KKPL diwakili oleh peringkat Intermediate dan KLKPL diwakili oleh peringkat Junior.
SEJARAH PENUBUHAN PALAPES UPM
Aktiviti ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) bermula
di Universiti Malaya dengan penubuhan Rejimen Askar Wataniah
(RAW). Sejarah awal Pasukan Rejimen Askar Wataniah di Universiti Putra
Malaysia(UPM) bermula pada tahun 1970 dengan penubuhan Markas Kompeni B
batalion Infranti ITM (RAW) di Kolej Pertanian Malaysia, manakala
Kompeni A di kampus ITM cawangan Shah Alam. Batalion Infranti ITM (RAW)
dipimpin oleh Lt Kol Dr Rashdan Haji Baba, Pengetua Kolej Pertanian
Malaysia pada masa itu. Selepas Kolej Pertanian Malaysia ditukar nama
menjadi Universiti Pertanian Malaysia pada 4 Oktober 1971, latihan
ketenteraan ini terus ditawarkan kepada para mahasiswa dan pegawai UPM.
Sejarah penubuhan PALAPES telah dimulakan oleh Brigade Jeneral Dato' Abul 'As Ismail, Pengarah Askar Wataniah ke-tujuh. Setelah jawatankuasa tulus angkatan tentera (JKKTAT) meluluskan kertas kerja yang bertajuk 'Raising of Reserve Officer Training Unit in Tertiary Education Institutions' pada 18 Disember 1978, satu mesyuarat penubuhan PALAPES diadakan bersama Naib Canselor atau wakil semua Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera Darat Lt. Jeneral Tan Sri Datuk Mohd Ghazali bin Mohd Seth. Penubuhan tersebut telah mewujudkan satu era yang bersejarah dalam bidang ketenteraan. Tarikh 8 Februari 1980 adalah tarikh rasmi penubuhan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Putra Malaysia.
Sejarah penubuhan PALAPES telah dimulakan oleh Brigade Jeneral Dato' Abul 'As Ismail, Pengarah Askar Wataniah ke-tujuh. Setelah jawatankuasa tulus angkatan tentera (JKKTAT) meluluskan kertas kerja yang bertajuk 'Raising of Reserve Officer Training Unit in Tertiary Education Institutions' pada 18 Disember 1978, satu mesyuarat penubuhan PALAPES diadakan bersama Naib Canselor atau wakil semua Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera Darat Lt. Jeneral Tan Sri Datuk Mohd Ghazali bin Mohd Seth. Penubuhan tersebut telah mewujudkan satu era yang bersejarah dalam bidang ketenteraan. Tarikh 8 Februari 1980 adalah tarikh rasmi penubuhan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Putra Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)