PALAPES ditubuhkan di IPTA adalah untuk melatih pelajar-pelajar IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja. Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPTA untuk Angkatan Tetap dan Angkatan Sukarela. Menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional. Membantu mendekatkan lagi ATM kepada masyarakat kampus khasnya dan masyarakat amnya.
Sunday, 27 May 2012
PENGENALAN PALAPES UPM
PALAPES ialah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau Reserve Officer Training Unit (ROTU). Ia ditubuhkan pada tahun 1980 di Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai program yang dikendalikan bersama oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan. PALAPES memberi peluang kepada semua mahasiswa menjalani latihan ketenteraan, memupuk disiplin dan kepimpinan serta membentuk personaliti interlektual yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. PALAPES UPM mengendalikan dua program, iaitu PALAPES UPM (Darat) dan PALAPES UPM (LAUT).
Pentadbiran PALAPES UPM diketuai oleh Naib Canselor UPM selaku Komandan yang berpangkat Kolonel (Kehormat) dan dibantu oleh Timbalan Komandan serta Ketua Jurulatih, Pegawai Staf(Pensyarah dan pegawai tadbir UPM), Pegawai Tetap (Ajutan dan Pegawai Latih) Jurulatih dan anggota Markas PALAPES UPM. Pegawai dan anggota Markas adalah dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).Sehingga Jun 2009, UPM telah mengeluarkan seramai 2070 orang Pegawai Muda melalui program PALAPES.
Antara kelebihan apabila mengikuti PALAPES ini adalah pihak universiti telah mengiktiraf PALAPES sebagai satu program akademik di UPM. Setiap anggota PALAPES diberi nilai 6 jam kredit yang boleh didaftarkan di dalam transkrip pelajar jika tamat latihan dengan jayanya. Kemudahan penginapan juga turut disediakan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) disamping pemberian alaun mengikut bilangan jam latihan.
Pentadbiran
Pentadbiran PALAPES UPM diketuai oleh Naib Canselor UPM selaku Komandan yang berpangkat Kolonel (Kehormat) dan dibantu oleh Timbalan Komandan serta Ketua Jurulatih, Pegawai Staf(Pensyarah dan pegawai tadbir UPM), Pegawai Tetap (Ajutan dan Pegawai Latih) Jurulatih dan anggota Markas PALAPES UPM. Pegawai dan anggota Markas adalah dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Di peringkat kadet pula, pentadbiran diketuai oleh YDP Wiramuda yang berpangkat Lt. Muda. Kemudian diikuti 5 orang bagi Markas Batalion Pegawai Kadet iaitu Pegawai Rendah Kanan (PRK) atau Senior Under Officer (SUO) megikut kekananan penjawatan CO, 2ic, PMC, Ajutan dan PK RSM. 4 orang PRK bagi penjawatan OC yang mewakili setiap kompeni iaitu kompeni Laksamana, Wira, Sakti dan Kastria. Kemudian diikuti 12 orang Pegawai Rendah Muda (PRM) atau Junior Under Officer (JUO) bagi penjawatan Ketua Platun yang mewakili 3 orang setiap kompeni. Kemudian 1 orang Kadet Staf Sarjan (KSSJN) dan 3 orang Kadet Sarjan (KSJN) yang mewakili setiap kompeni.Kemudian diikuti 8 orang Kadet Koperal (KKPL) yang mewakili 2 orang setiap kompeni serta dibantu oleh 8 orang Kadet Lans Koperal (KLKPL). Pentadbiran bermula dari PRK ke KSJN adalah diwakili oleh peringkat senior manakala KKPL diwakili oleh peringkat Intermediate dan KLKPL diwakili oleh peringkat Junior.
Labels:
PENGENALAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment