Aktiviti ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) bermula
di Universiti Malaya dengan penubuhan Rejimen Askar Wataniah
(RAW). Sejarah awal Pasukan Rejimen Askar Wataniah di Universiti Putra
Malaysia(UPM) bermula pada tahun 1970 dengan penubuhan Markas Kompeni B
batalion Infranti ITM (RAW) di Kolej Pertanian Malaysia, manakala
Kompeni A di kampus ITM cawangan Shah Alam. Batalion Infranti ITM (RAW)
dipimpin oleh Lt Kol Dr Rashdan Haji Baba, Pengetua Kolej Pertanian
Malaysia pada masa itu. Selepas Kolej Pertanian Malaysia ditukar nama
menjadi Universiti Pertanian Malaysia pada 4 Oktober 1971, latihan
ketenteraan ini terus ditawarkan kepada para mahasiswa dan pegawai UPM.
Sejarah penubuhan PALAPES telah dimulakan oleh Brigade Jeneral Dato'
Abul 'As Ismail, Pengarah Askar Wataniah ke-tujuh. Setelah jawatankuasa
tulus angkatan tentera (JKKTAT) meluluskan kertas kerja yang bertajuk 'Raising of Reserve Officer Training Unit in Tertiary Education
Institutions' pada 18 Disember 1978, satu mesyuarat penubuhan PALAPES
diadakan bersama Naib Canselor atau wakil semua Institusi Pengajian
Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan
Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera
Darat Lt. Jeneral Tan Sri Datuk Mohd Ghazali bin Mohd Seth. Penubuhan
tersebut telah mewujudkan satu era yang bersejarah dalam bidang
ketenteraan. Tarikh 8 Februari 1980 adalah tarikh rasmi penubuhan
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment