PALAPES ialah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
atau Reserve Officer Training Unit (ROTU). Ia ditubuhkan pada tahun 1980
di Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai program yang dikendalikan
bersama oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.
PALAPES memberi peluang kepada semua mahasiswa menjalani latihan
ketenteraan, memupuk disiplin dan kepimpinan serta membentuk personaliti
interlektual yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.
PALAPES UPM mengendalikan dua program, iaitu PALAPES UPM (Darat) dan
PALAPES UPM (LAUT).
Pentadbiran PALAPES UPM diketuai oleh
Naib Canselor UPM selaku Komandan yang berpangkat Kolonel (Kehormat) dan
dibantu oleh Timbalan Komandan serta Ketua Jurulatih, Pegawai
Staf(Pensyarah dan pegawai tadbir UPM), Pegawai Tetap (Ajutan dan
Pegawai Latih) Jurulatih dan anggota Markas PALAPES UPM. Pegawai dan
anggota Markas adalah dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).Sehingga
Jun 2009, UPM telah mengeluarkan seramai 2070 orang Pegawai Muda melalui
program PALAPES.
Antara
kelebihan apabila mengikuti PALAPES ini adalah pihak universiti telah
mengiktiraf PALAPES sebagai satu program akademik di UPM. Setiap anggota
PALAPES diberi nilai 6 jam kredit yang boleh didaftarkan di dalam
transkrip pelajar jika tamat latihan dengan jayanya. Kemudahan
penginapan juga turut disediakan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
(KOSASS) disamping pemberian alaun mengikut bilangan jam latihan.
Pentadbiran
Pentadbiran
PALAPES UPM diketuai oleh Naib Canselor UPM selaku Komandan yang
berpangkat Kolonel (Kehormat) dan dibantu oleh Timbalan Komandan serta
Ketua Jurulatih, Pegawai Staf(Pensyarah dan pegawai tadbir UPM), Pegawai
Tetap (Ajutan dan Pegawai Latih) Jurulatih dan anggota Markas PALAPES
UPM. Pegawai dan anggota Markas adalah dari Kementerian Pertahanan
(KEMENTAH).
Di peringkat kadet pula, pentadbiran diketuai
oleh YDP Wiramuda yang berpangkat Lt. Muda. Kemudian diikuti 5 orang bagi Markas Batalion Pegawai Kadet iaitu Pegawai Rendah Kanan (PRK) atau Senior Under Officer (SUO) megikut kekananan penjawatan CO, 2ic, PMC, Ajutan dan PK RSM. 4 orang PRK bagi penjawatan OC yang
mewakili setiap kompeni iaitu kompeni Laksamana, Wira, Sakti dan
Kastria. Kemudian diikuti 12 orang Pegawai Rendah Muda (PRM) atau Junior
Under Officer (JUO) bagi penjawatan Ketua Platun yang mewakili 3 orang setiap kompeni. Kemudian 1 orang Kadet Staf Sarjan (KSSJN) dan 3
orang Kadet Sarjan (KSJN) yang mewakili setiap kompeni.Kemudian
diikuti 8 orang Kadet Koperal (KKPL) yang mewakili 2 orang setiap
kompeni serta dibantu oleh 8 orang Kadet Lans Koperal (KLKPL). Pentadbiran bermula dari PRK ke KSJN adalah diwakili oleh
peringkat senior manakala KKPL diwakili oleh peringkat Intermediate dan KLKPL diwakili oleh peringkat Junior.